BERITA TERKINI   AAX memperoleh langganan penuh bagi cadangan RM1 bilion tawaran saham persendirian berharga pada RM1.65 sesaham | Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar 

Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 turun 4.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,485.50, 1,483.50 dan 1,479.50 manakala September 2025 susut 5.5 mata kepada 1,464.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,745 lot daripada 4,182 lot pada Isnin dan kepentingan terbuka naik kepada 45,220 kontrak daripada 44,174 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 13.22 mata atau 0.88 peratus kepada 1,486.25 daripada paras penutup 1,499.47 pada Isnin.

-- BERNAMA