BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran tunai.  

Kontrak April 2025 naik 9.0 mata kepada 1,509.0, Mei 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,507.0, Jun 2025 menokok 6.5 mata kepada 1,504.0 dan September 2025 menambah 10.0 mata kepada 1,491.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 25,388 lot daripada 27,880 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69,580 kontrak daripada 68,239 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 2.68 mata atau 0.18 peratus kepada 1,509.20 daripada paras penutup 1,506.52 sebelumnya.

-- BERNAMA