BERITA TERKINI   Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | 

Niaga Hadapan Emas Naik Ketika Konflik India-Pakistan Meningkat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu berikutan ketidaktentuan perang perdagangan dan selepas India melancarkan serangan ketenteraan ke atas sasaran di Pakistan susulan pembunuhan beramai-ramai di Kashmir baru-baru ini.

“Apa yang bermula sebagai perselisihan diplomatik bertukar kepada pertelingkahan yang semakin memuncak, dengan laporan serangan merentasi sempadan dan penempatan tentera yang meningkatkan kegelisahan pelabur di seluruh Asia Selatan dan Tengah. 

“Ancaman konflik terbuka ini, terutamanya antara dua negara senjata nuklear, mencetuskan kebimbangan yang jauh lebih serius,” kata rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepada US$3,387.10 setiap auns troy daripada US$3,383.30 pada Selasa.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 meningkat kepada US$3,400.00 setiap auns troy berbanding US$3,394.70 sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 106 lot daripada 77 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 129 kontrak daripada 89 sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,391.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA