BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

IILM Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.24 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula agregat US$1.24 bilion (US$1=RM4.318) sukuk jangka pendek masing-masing bagi tempoh satu, tiga, enam dan 12 bulan.

Dalam satu kenyataan hari ini, organisasi itu berkata empat siri itu berharga kompetitif pada 4.65 peratus untuk US$485 juta untuk tempoh satu bulan;4.40 peratus untuk US$310 juta untuk tempoh tiga bulan;4.42 peratus untuk US$285 juta bagi tempoh enam bulan; dan 4.40 peratus untuk US$160 juta untuk tempoh 12 bulan.

Penyelesaian urus niaga sukuk jangka pendek menandakan lelongan kelapan IILM sepanjang tahun dengan terbitan terkumpul berjumlah US$8.21 bilion merentas 24 siri sukuk dengan tempoh yang berbeza-beza.

“Urus niaga hari ini menandakan satu lagi peristiwa penting dan bersejarah bagi IILM kerana kami menawarkan empat tempoh berbeza – satu, tiga, enam dan 12 bulan, buat kali pertama dalam satu lelongan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif IILM Mohamad Safri Shahul Hamid.

Lelongan itu menyaksikan tender yang kompetitif dalam kalangan peniaga utama dan pelabur di seluruh dunia dengan nilai perolehan kontrak sebanyak US$2.65 bilion, mewakili nisbah bida kepada perlindungan purata kukuh dan mampan sebanyak 214 peratus.

-- BERNAMA