BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Penyertaan Semula AMMB Dijangka Bawa 2.7 Peratus Wajaran Ke FBM KLCI - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Penyertaan semula AMMB Holdings Bhd sebagai konstituen utama Indeks FTSE  Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susulan semakan separuh tahunan dijangka membawa sumbangan wajaran 2.7 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu mengekalkan sasaran KLCI pada akhir 2025 sebanyak 1,560 mata selepas perubahan tersebut.

AMMB pernah menjadi konstituen FBM KLCI dari 19 Dis, 2022 hingga 23 Jun, 2024.

“Kami menjangkakan potensi wajaran AMMB dalam KLCI adalah lebih tinggi, iaitu 2.7 peratus, berbanding dengan Hong Leong Financial Group (HLFG) yang hanya sekitar 0.7 peratus, sebahagian besarnya didorong oleh pegangan bebas AMMB yang lebih tinggi,” katanya.

Penyedia indeks FTSE Russell dan Bursa Malaysia mengumumkan keputusan pada 5 Jun hasil semakan separuh tahunannya untuk menggantikan HLFG dengan AMMB, selepas HLFG gagal memenuhi syarat kecairan minimum.

"Kegagalan HLFG memenuhi keperluan ini menyebabkan ia dikeluarkan daripada indeks penanda aras, mendorong penyertaan semula AMMB, yang merupakan saham berkapitalisasi pasaran terbesar di luar KLCI yang memenuhi semua kriteria kelayakan indeks, termasuk syarat kecairan dan pegangan bebas,” kata CIMB Securities.

Bank pelaburan itu turut menjangkakan pengurus dana akan menyusun semula portfolio mereka susulan perubahan dalam indeks FBM KLCI, FBM Mid 70 dan FBM Hijrah Shariah.

“Perubahan ini dijangka memberi manfaat kepada saham-saham yang baharu menyertai indeks, manakala saham yang dikeluarkan mungkin menghadapi tekanan jualan dalam jangka pendek.

“Analisis kami terhadap 13 saham yang dimasukkan ke dalam KLCI sejak Jun 2020 menunjukkan 10 daripada 13 syarikat mencatatkan prestasi harga saham yang positif, iaitu antara 0.3 peratus hingga 4.6 peratus, dalam minggu selepas tarikh kuat kuasa penyertaan,” katanya.

-- BERNAMA