BERITA TERKINI   Malaysia dan Brunei akan memanfaatkan sumber bersama dan kelebihan geografi Borneo untuk memperkukuh keterjaminan makanan dan tenaga, membina rantaian bekalan berdaya tahan serta mewujudkan peluang mampan untuk rakyat - Kenyataan Bersama | Malaysia dan Brunei komited untuk memajukan inisiatif strategik dalam bidang tenaga, kesalinghubungan, pertanian, pelancongan dan industri halal secara bersama - Kenyataan Bersama | Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama di bawah pelbagai mekanisme keselamatan dan pertahanan yang diterajui ASEAN | Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah nantikan pembaharuan MoU Kerjasama dalam Bidang Pendidikan Tinggi, Teknikal dan Vokasional | Gempa bumi lemah 3.2 magnitud dikesan di Segamat, Johor pada 8.59 pagi ini — MetMalaysia | 

SC Gantung Chengco, Sekat Auditor

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menggantung pendaftaran Chengco PLT (CCO) selama dua tahun disebabkan oleh isu-isu kualiti audit yang serius, berkuatkuasa hari ini.

Badan pengawalseliaan itu turut mengenakan sekatan terhadap lima rakan kongsi audit CCO yang merupakan rakan kongsi penglibatan serta penyemak kawalan kualiti penglibatan (ECQR) bagi tiga entiti kepentingan awam (PIE) bermula mulai  30 April, 2025.

Ia telah menggantung Hong Thuan Boon dan Yap Peng boon selama dua tahun termasuk melarang Tan Wae Leng, Kong Tung Sam serta Ng Kee Siang daripada menerima sebagai pelanggan dan mengaudit mana -mana PIE atau dana yang dijadualkan selama satu tahun.

“Sekatan itu berikutan penemuan AOB tentang pelbagai pelanggaran berhubung kegagalan CCO untuk mematuhi keperluan berkaitan Piawaian Pengauditan Antarabangsa (ISA) seperti yang diterima pakai oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) semasa mengaudit ketiga-tiga PIE.

“Selanjutnya, penemuan tersebut melibatkan bidang audit asas dan utama. Ini termasuk kegagalan untuk mendapatkan bukti audit yang mencukupi dalam bidang seperti pinjaman bank, baki pembukaan serta pelarasan tahun sebelumnya, penggunaan andaian usaha berterusan, pemiutang lain dan akruan, hasil, kos jualan, saham keutamaan boleh tukar boleh tebus termasuk muhibah,” katanya SC melalui satu kenyataan hari ini.

Kekurangan audit berulang juga ditemui dalam kos pembangunan hartanah dan simpanan tetap.

Di samping itu, EQCR gagal menyemak dengan secukupnya dokumentasi audit utama, terutamanya yang berkaitan dengan pertimbangan penting dan bidang risiko. Ini memberi kesan negatif terhadap kualiti audit keseluruhan.

-- BERNAMA