BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, walaupun prestasi pasaran tunai mencatatkan penurunan.

Pada 9.15 pagi, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing menokok 2.5 mata kepada 1,510.0 dan 1,490.0 manakala Julai 2025 menambah 1.0 mata kepada 1,506.0 dan Disember 2025 naik 0.5 mata kepada 1,493.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,129 lot manakala kepentingan terbuka pada 37,088 kontrak.

Selepas 35 minit dagangan, FBM KLCI susut 1.52 mata kepada 1,510.12 daripada 1,511.64 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA