BERITA TERKINI   Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025, disokong oleh prestasi sektor utama ekonomi yang memberangsangkan dan permintaan domestik yang kukuh - DOSM | KDNK suku keempat 2025 dijangka tunjuk pertumbuhan positif - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) --  Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup dalam dagangan bercampur-campur hari ini meskipun prestasi positif di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 dan Mac 2026 meningkat setengah mata masing-masing  kepada 1,711.5 dan 1,697.5, manakala Februari 2026 kekal tidak berubah pada 1,716.0 dan Jun 2026 turun satu mata kepada 1,699.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,623 lot daripada 8,556 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun sedikit kepada 42,081 kontrak berbanding 42,934 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.25 mata, atau 0.25 peratus, kepada 1,715.16, daripada paras penutup 1,710.91 pada Rabu.

-- BERNAMA