BERITA TERKINI   Kerajaan peruntuk RM3.5 juta perluas Program KasihnITa 2026, sasar 5,000 ibu tunggal di seluruh negara - Nancy | Malaysia kekal di landasan capai sasaran negara AI menjelang 2030 meskipun ketidaktentuan global susulan konflik Asia Barat - Gobind | KKR bina 91 bilik darjah di 70 sekolah guna kaedah modular, IBS libat kos RM80 juta daripada KPM - Ahmad Maslan | Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, sejajar dengan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran ringgit yang tinggi berbanding dolar AS, kata peniaga. 

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh unjuran ekonomi yang lembap berikutan aktiviti pembuatan global yang lemah dan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS).

“Dilaporkan aktiviti perkilangan di kebanyakan negara Asia merosot pada Jun berikutan ketidaktentuan tarif AS menyebabkan permintaan kekal rendah,” katanya.

Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama Thailand.

“Agensi meteorologi Thailand telah memberi amaran tentang hujan lebat dari 30 Jun hingga 6 Julai,” katanya. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 3.0 sen kepada 703.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 2.0 sen kepada 582.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA