BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis.

Pada 9.31 pagi, Julai 2025 naik 7.5 mata kepada 1,513.0, Ogos 2025 meningkat tujuh mata kepada 1,511.0, September 2025 menambah enam mata kepada 1,492.0, manakala Disember 2025 naik 3.5 mata kepada 1,491.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,128 lot, dengan kepentingan terbuka pada 35,144 kontrak.

Pada 9.43 pagi, FBM KLCI naik 7.25 mata kepada 1,518.75 daripada penutupan pada Rabu iaitu 1,511.50.

-- BERNAMA