Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 meningkat 17.5 mata kepada 1,523.0, Ogos 2025 naik 15.0 mata kepada 1,519.0, manakala September 2025 dan Disember 2025 menokok 16.0 mata masing-masing kepada 1,502.0 dan 1,503.50.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5,692 lot berbanding 5,471 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 39,838 kontrak daripada 39,298 sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.44 mata atau 0.63 peratus kepada 1,520.94 daripada 1,511.50 pada Rabu.
-- BERNAMA