BERITA TERKINI   GRS dan PH setuju bentuk 'electoral pact' pada PRN Sabah Ke-17 - Hajiji | Harga petrol RM1.99 untuk manfaat dan hak rakyat Malaysia, bukan untuk dinikmati warga asing - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM10 juta untuk selaras projek, bantuan untuk rakyat susah di Muar, Johor | Kerajaan MADANI terus berusaha turunkan hutang negara, walaupun ambil masa - PM Anwar | Kerajaan MADANI komited perbaiki kelemahan, ubah sikap pentadbiran lebih baik - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah, Seiring Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Rabu, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran dilemahkan oleh keadaan semasa hubungan antara Kesatuan Eropah (EU)-China dan kebimbangan ekonomi global.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh keyakinan daripada perjanjian perdagangan Amerika Syarikat yang baharu diumumkan, yang memberi (harapan) bagi lebih banyak perjanjian AS menjelang tarikh akhir tarif pada masa depan,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 12.5 sen kepada 730.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun setengah sen kepada 572.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA