BERITA TERKINI   ACLE: Buriram United 2-1 JDT | Sikap pelampau kaum atau fanatik agama mesti dibanteras untuk jamin kelangsungan negara berdaulat dan merdeka - PM Anwar | Kerajaan MADANI komited wujudkan persekitaran digital lebih selamat, inklusif dan lebih dipercayai - Fahmi | Malaysia berpotensi muncul sebagai hab pendaratan ikan tuna di rantau ini susulan usaha kerajaan perkukuh industri hiliran - TPM Ahmad Zahid | TPM Ahmad Zahid arah pemasangan jambatan Bailey disegerakan bagi elak gangguan perhubungan di Sungai Kaiduan, Papar, Sabah | 

Penghargaan Khas Untuk Rakyat Telah Ambil Kira Keupayaan Fiskal Negara - PMO

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Penghargaan Khas yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telahpun mengambil kira keupayaan fiskal negara, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata peruntukan itu juga sebagai tambahan kepada apa yang telah direncanakan dalam Belanjawan 2025.

Beliau berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Semalam, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan beberapa inisiatif utama sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada rakyat, termasuk pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program SARA  kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.

Turut diumum, penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya dan subsidi harga RON95 yang lebih rendah pada RM1.99 seliter.

Anwar juga berkata ekonomi Malaysia yang berada di landasan kukuh dan meyakinkan di sebalik segala keresahan dan kekangan yang berlaku, telah membolehkan pelbagai ikhtiar meningkatkan darjat hidup rakyat dilaksanakan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar menerusi Belanjawan MADANI keempat pada Oktober ini sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat. 

 -- BERNAMA