BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelemahan dalam pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup, bulan semerta Julai 2025 jatuh kepada US$3,306.80 setiap auns troy daripada US$ 3,332.70 semalam, Ogos 2025 menurun kepada US$3,324.80 setiap auns troy daripada US$3,350.70 dan September 2025 susut kepada US$3,330.70 setiap auns troy daripada US$3,356.60.

Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 masing-masing diselesaikan lebih rendah pada US$3,360.80 setiap auns troy berbanding dengan US$3,386.70 sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10 lot daripada tujuh lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 47 kontrak daripada 37.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 30 Julai, emas fizikal berharga US$3,304.30 setiap auns troy.

-- BERNAMA