BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.

Pada penutup, kontrak bulan semasa Ogos 2025 dan September 2025, masing-masing meningkat 11.0 mata kepada 1,529.0 dan 1,509.0. Disember 2025 naik 8.5 mata kepada 1,509.0 dan Mac 2026 sebanyak 1,497.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 6,107 lot daripada 14,045 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 41,270 kontrak daripada 50,747 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 20.10 mata atau 1.33 peratus untuk ditutup kepada 1,533.35 daripada 1,513.25 pada Khamis.

-- BERNAMA