BERITA TERKINI   Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd menyediakan pendahuluan pemegang saham tambahan sebanyak RM202 juta kepada Digital Nasional Bhd | Piala Thomas: Jepun 1 Malaysia 0: Kodai Naraoka tewaskan Leong Jun Hao 21-11, 21-15 | Piala Uber: Malaysia akan berdepan juara bertahan China di peringkat suku akhir | Pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi - MOF | Panduan dikeluarkan kepada kementerian, agensi untuk susun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras cabaran krisis bekalan global, peningkatan tanggungan subsidi - MOF | 

Bursa Tolak Permohonan Ivory Properties Lanjut Masa Kemuka Pelan Regularisasi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Permohonan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh mengemukakan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata dagangan sekuriti Ivory Properties akan digantung berkuat kuasa pada 29 Ogos 2025.

Menurutnya sekuriti syarikat itu akan dinyahsenarai pada 3 Sept 2025 melainkan rayuan terhadap nyahsenarai itu dikemukakan kepada Bursa Securities pada atau sebelum 28 Ogos 2025.

"Sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa rayuan tidak akan dipertimbangkan oleh Bursa Securities," katanya.

Bursa Securities berkata sekiranya Ivory Properties mengemukakan rayuan dalam tempoh masa rayuan, nyahsenarai akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan berkenaan.

“Bagaimanapun Bursa Securities akan meneruskan penggantungan dagangan sekuriti syarikat ini pada 29 Ogos 2025 walaupun keputusan rayuan masih belum selesai.

“Selepas dinyahsenarai, Ivory Properties akan terus wujud sebagai entiti yang tidak tersenarai. Ia masih boleh meneruskan operasi dan perniagaan serta melaksanakan penstrukturan korporatnya, dan pemegang saham masih berpeluang mendapat manfaat daripada prestasi syarikat,” katanya.

-- BERNAMA