BERITA TERKINI   Untung bersih Petronas Gas bagi tahun kewangan 2025 turun kepada RM1.72 bilion daripada RM1.83 bilion pada tahun kewangan 2024 | Perolehan MISC Bhd susut kepada RM11.15 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM13.24 bilion tahun sebelumnya susulan pendapatan rendah segmen marin, kejuruteraan berat  | Untung bersih MISC Bhd meningkat kepada RM1.7 bulan pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.19 bilion tahun sebelumnya | Petronas Dagangan isytihar dividen interim 26 sen dan dividen khas 20 sen bagi suku keempat 2025 | Untung bersih Petronas Dagangan Bhd meningkat kepada RM1.10 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.09 bilion tahun sebelumnya | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut 34.5 mata kepada 1,574.5, September 2025 turun 33.5 mata kepada 1,553.0, Disember 2025 berkurangan 32 mata kepada 1,555.0, dan Mac 2026 merosot 33 mata kepada 1,538.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 49,511 lot daripada 30,966 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 95,740 kontrak daripada 70,159 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 20.86 mata, atau 1.30 peratus, untuk ditutup kepada 1,581.59, daripada paras 1,602.45 pada Isnin.

-- BERNAMA