BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Pasaran Getah Dijangka Stabil Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka stabil dengan momentum yang cenderung menaik pada minggu depan. 

Pakar industri Denis Low mengaitkan sentimen yang memberangsangkan ini kepada kejayaan sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai yang baru berakhir di Busin, China.

Kumpulan pemimpin yang bertemu di SCO ini terdiri daripada mereka yang cenderung kepada perniagaan, ia banyak merangsang usaha dagang dan niaga, yang dijangka mampu memberikan impak yang baik untuk kebanyakan komoditi termasuk getah. 

“Kelihatan wujud suasana untuk kerjasama yang lebih meluas,” kata Low kepada Bernama.

Namun, mata wang dan harga minyak yang tidak menentu akan memberi kesan yang signifikan terhadap harga getah.

“Unjuran ekonomi global masih lemah, ini bermakna urus niaga komoditi seperti getah akan dibuat melalui pendekatan yang lebih berhati-hati,” katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, (29 Ogos hingga 4 Sept), harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 meningkat sebanyak lapan sen kepada 751.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok 5.5 sen kepada 575.0 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada Jumaat (5 Sept) sempena cuti umum Mauliden Rasul dan akan dibuka pada Isnin depan.

-- BERNAMA