BERITA TERKINI   Kerajaan peruntuk RM3.5 juta perluas Program KasihnITa 2026, sasar 5,000 ibu tunggal di seluruh negara - Nancy | Malaysia kekal di landasan capai sasaran negara AI menjelang 2030 meskipun ketidaktentuan global susulan konflik Asia Barat - Gobind | KKR bina 91 bilik darjah di 70 sekolah guna kaedah modular, IBS libat kos RM80 juta daripada KPM - Ahmad Maslan | Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Harga Minyak Soya Yang Lebih Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya selepas diseret oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya.

Pedagang minyak sawit David Ng berkata kebimbangan mengenai peningkatan tahap inventori menjelang pengeluaran laporan tanaman utama, yang dijadualkan esok turut menjejaskan sentimen pasaran. "Kami melihat sokongan pada paras RM4,400 dan rintangan pada RM4,600 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak September 2025 serta Oktober 2025, masing-masing susut RM11 kepada RM4,388 dan RM4,434 satu tan, manakala November 2025 jatuh RM9 kepada RM4.479 satu tan.

Kontrak Disember 2025 merosot RM6 kepada RM4,512 satu tan, Januari 2026 kehilangan RM8 kepada RM4,525, dan Februari 2026 turun RM4 kepada RM4,521.

Jumlah dagangan mengecil kepada 46,854 lot berbanding 55,479 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 252,265 kontrak daripada 250,875.

Harga MSM fizikal untuk September Selatan merosot sebanyak RM30 kepada RM4,400 satu tan.

-- BERNAMA