BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Pada Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS).

“Pasaran ekuiti Malaysia mempunyai ruang untuk meningkat lebih tinggi minggu depan, selagi Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengekalkan saluran pelonggaran (dasar monetari) terbuka.

“KLCI mengikut gelombang awal pergerakan wang menjelang mesyuarat FOMC,” kata Pengarah Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Pada asas mingguan, semerta bulan September 2025 meningkat 32.0 mata kepada 1,588.5, Oktober 2025 dan Disember 2025 masing-masing menambah 31.0 mata kepada 1,584.5 dan 1,579.5, dan Mac 2026 menokok 30.5 mata kepada 1,560.5.

Jumlah dagangan minggu ini meningkat kepada 20,086 lot daripada 14,374 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 41,317 kontrak daripada 38,740 kontrak sebelumnya.

Sementara itu, FBM KLCI meningkat 21.98 mata kepada 1,600.13 pada Jumaat, berbanding 1,578.15 ketika ditutup pada Khamis. 

-- BERNAMA