BERITA TERKINI   Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung oleh pedagang, apabila harga di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat terus meningkat.

Kontrak September 2025 susut kepada US$3,753.3 setiap auns troy daripada US$3,770.6 pada Rabu, kontrak Oktober 2025 berkurang kepada US$3,769.7 daripada US$3,787.3 semalam, dan kontrak November 2025 merosot kepada US$3,787.9 daripada US$3,805.5 sebelumnya. 

Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih rendah pada US$3,807.8 setiap auns troy berbanding US$3,825.4 semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 491 lot daripada 135 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 531 kontrak daripada 163 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,761.60 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 24 Sept, 2025.

-- BERNAMA