Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Selasa.
Pada 9.44 pagi, kontrak September 2025 dan Mac 2026 menambah tiga mata masing-masing kepada 1,613.00 dan 1,587.00 respectively, Oktober 2025 meningkat lima mata kepada 1,615.50, manakala Disember 2025 melonjak 4.5 mata kepada 1,608.50,
Jumlah dagangan sebanyak 2,379 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,416 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 2.02 mata kepada 1,612.97 selepas satu jam dagangan daripada 1,610.95 semasa ditutup pada Isnin lepas.
-- BERNAMA