BERITA TERKINI   Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | Semua kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu ikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa - PM Anwar | Puasa satu ujian keikhlasan, disiplin dan integriti - PM Anwar | Mulakan Ramadan dengan perasaan tawaduk, muhasabah dan perbaiki diri - PM Anwar | 

Tempias COMEX AS Suram, Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi suram pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semasa Oktober 2025 susut kepada US$4,074.10 seauns troy daripada US$4,128.80 seauns troy sebelum ini, November 2025 turun kepada US$4,090.80 seauns troy daripada US$4,145.50 dan kontrak Disember 2025 berkurangan kepada US$4,107.40 seauns troy daripada US$4,160.80.

Kontrak Januari 2026 lebih rendah pada US$4,124.40 seauns troy daripada US$4,177.80 manakala Februari, April dan Jun 2026 juga susut pada US$4,140.30 berbanding US$4,194.40 sebelum ini.

Jumlah dagangan susut kepada 275 lot daripada 288 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 346 kontrak daripada 372 kontrak.

Harga emas fizikal pada US$4,143.75 seauns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 23 Oktober 2025.

-- BERNAMA