BERITA TERKINI   Malaysia kekal di landasan capai sasaran negara AI menjelang 2030 meskipun ketidaktentuan global susulan konflik Asia Barat - Gobind | KKR bina 91 bilik darjah di 70 sekolah guna kaedah modular, IBS libat kos RM80 juta daripada KPM - Ahmad Maslan | Diskaun bil elektrik 25 peratus di Sarawak bermula bulan ini hingga Dis 2026, manfaat 714,557 pengguna domestik - Premier | Sewa di premis kerajaan dikurangkan 50 peratus bagi peniaga kecil, sederhana di Sarawak - Premier | Sumbangan Keperluan Asas Sarawak libatkan isi rumah, warga emas dan individu bujang naik antara RM75 hingga RM150 - Premier Sarawak | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah data ekonomi yang lemah dari China dan negara Asia lain, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh dan harapan baharu terhadap rangsangan tambahan dari China mengehadkan penurunan selanjutnya. 

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.86 peratus kepada US$63.55 setong.

“Sentimen pasaran turut disokong oleh unjuran jualan kenderaan yang menggalakkan pada 2025, hujan berterusan di negara pengeluar utama getah asli, dan jangkaan yang semakin meningkat mengenai penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) pada bulan ini,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot pada Isnin, dipengaruhi oleh yen yang lebih kukuh dan permintaan lemah daripada sektor kenderaan.

Bagaimanapun, penurunan dihadkan oleh hujan lebat di beberapa rantau pengeluar utama getah.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia berkata harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 susut 5.5 sen kepada 720.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun satu sen kepada 577 sen sekilogram. 

-- BERNAMA