BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

ITMAX System Peroleh Projek CCTV Berjumlah RM36 Juta Daripada Kementerian Dalam Negeri

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima surat setuju terima (LoA) daripada Kementerian Dalam Negeri bagi perkhidmatan pemasangan dan penyewaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dengan kontrak berjumlah RM36 juta. 

Penyedia perkhidmatan infrastruktur digital bersepadu itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata projek itu melibatkan pintu masuk dan keluar rentas sempadan negara di Semenanjung Malaysia di bawah Jabatan Imigresen Malaysia, dengan tempoh kontrak selama 36 bulan bermula 1 Julai, 2026 hingga 30 Jun, 2029. 

“Fasa pemasangan selama lima bulan akan bermula dari 1 Feb, 2026 hingga 30 Jun 2026, diikuti fasa penyewaan selama 36 bulan.

“LoA ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat sepanjang tempoh kontrak sehingga tamat tempohnya,” katanya. 

-- BERNAMA