BERITA TERKINI   Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | Krisis tenaga global: KTMB tawar diskaun 30 peratus tiket ETS bagi semua sektor dan tren Ekspres Rakyat Timuran laluan JB Sentral–Tumpat–JB Sentral -- Loke   | 

Perlindungan Data Kritikal Untuk Kerajaan, Perniagaan Dan Rakyat - Fahmi

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Perlindungan data adalah penting dan akan menjadi semakin penting untuk beberapa tahun akan datang apabila urus niaga bersifat lebih digital dan saling berhubung antara satu sama lain, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

"Saya berpendapat kebimbangan seperti ini amat wajar. Saya tidak boleh bercakap untuk mewakili agensi tersebut (agensi kerajaan). Tetapi cara kita mengendalikan data dan cara kita melindungi data akan menjadi semakin penting bagi beberapa tahun akan datang," katanya ketika ditanya mengenai kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan orang awam mengenai kebocoran data walaupun dalam agensi kerajaan.

"Data kini memainkan peranan penting, ia adalah mata wang yang akan memastikan ekonomi bergerak lancar. Dan jika kita tidak dapat melindungi data, ia akan menjadi masalah kepada kita," katanya kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.

Temu bual itu dikendalikan oleh Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Duraj Raj, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Shukri Ishak dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama M. Saraswathi.

Sehubungan itu, Fahmi menegaskan penting data dilindungi dengan baik dan disulitkan (encrypted) dengan selamat, jika tidak, ia akan menimbulkan cabaran serius kepada kerajaan, orang ramai dan perniagaan.

Bank Dunia dalam blognya awal tahun ini berkata masa depan perlindungan data bukan hanya mengenai menjaga privasi tetapi tentang membolehkan perkongsian data bertanggungjawab yang memacu kemajuan merentas sektor.

Rangka kerja kukuh memastikan data yang betul dikongsi dengan pihak yang tepat untuk tujuan yang betul.

Sebagai contoh, ia berkata dalam penjagaan kesihatan, mekanisme memelihara privasi membolehkan penyelidik bekerjasama merentasi sempadan, pada masa sama menjaga privasi pesakit.

Dalam pada itu, perlu juga diberi perhatian bahawa beberaoa negara semakin mewajibkan penyimpanan data dihadkan di dalam negara sahaja kerana kebimbangan mengenai keselamatan negara dan privasi rakyat, kata Bank Dunia.

-- BERNAMA