Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Rendah
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini.
Pada jam 9.44 pagi, kontrak bulan semasa Januari 2026 turun 3.0 mata kepada 1,680.50, Februari 2026 menguncup 2.5 mata kepada 1,685.0, Mac 2026 berkurangan 2.0 mata kepada 1,666.50 manakala Jun 2026 merosot 0.5 mata kepada 1,670.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,469 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 34,898 kontrak.
Indeks petunjuk utama FBM KLCI berkurangan 6.99 mata kepada 1,673.33 selepas 48 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Isnin pada 1,680.32.
-- BERNAMA