BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | Seorang lelaki maut diserang sekumpulan gajah liar di Gua Musang hari ini - Polis | 

Nomura Lihat Tinjauan Optimistik Bagi Ekuiti Malaysia Di Tengah-tengah Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Tinjauan pasaran ekuiti Malaysia kekal optimistik, mencerminkan pengukuhan ringgit, kata firma pengurusan aset global, Nomura Asset Management.

Pengarah Nomura Asset Management Malaysia Sdn Bhd (NAM Malaysia) Atsushi Ichii berkata kebanyakan dana di bawah pengurusan didenominasikan dalam ringgit dan sebahagian besarnya disokong oleh pelabur berasaskan ringgit. 

“Ringgit yang lebih kukuh membawa kepada impak positif, kerana ia mencerminka keyakinan dalam ekonomi Malaysia.

“Nilai aset yang lebih baik dan potensi kos pendanaan yang lebih rendah boleh memberi manfaat kepada dana denominasi ringgit,” katanya kepada wartawan selepas majlis pelancaran dana ekuiti pelbagai tema globalnya di sini hari ini. 

Tambahnya, walaupun terhadap ketidaktentuan pasaran yang berterusan, tinjauan keseluruhan kekal disokong oleh jangkaan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. 

NAM Malaysia hari ini melancarkan dana ekuiti pelbagai tema globalnya bagi merebut peluang pertumbuhan struktur di seluruh dunia. 

Dana tersebut menawarkan pelbagai pendedahan kepada pelabur Malaysia bagi mempelbagaikan tema pertumbuhan struktur jangka panjang yang membentuk ekonomi global.

Ia bertujuan mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur dalam Nomura Funds Ireland – Dana Ekuiti Pelbagai Tema Global.

-- BERNAMA