BERITA TERKINI   Dasar sosial hanya bernilai apabila ia mampu mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik - TPM Ahmad Zahid | Dasar sosial bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi libatkan penjagaan, sokongan keluarga dan maruah hidup - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 garis 102 inisiatif dengan empat tumpuan iaitu pencegahan, pemerkasaan, promosi & perlindungan - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 jadi jambatan antara dasar dirangka dan kehidupan rakyat - TPM Ahmad Zahid | MB Johor nafi desas-desus pembubaran DUN berlaku hari ini | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah pada Isnin.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026, April 2026, dan Jun 2026 masing-masing kekal tidak berubah pada 1,690.5, 1,693.0 dan 1,693.5, manakala kontrak September 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,674.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 13,987 lot berbanding 6,470 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 49,323 kontrak daripada 41,869 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 43.89 mata, atau 2.56 peratus, untuk ditutup kepada 1,674.17 daripada 1,718.06 ketika ditutup Jumaat lepas.

-- BERNAMA