BERITA TERKINI   Malaysia tidak tunduk kepada halangan untuk rencatkan usaha kemanusiaan ke Gaza - PM Anwar | Presiden Mesir jamin permudah akses bantuan kemanusian Malaysia ke Gaza melalui Rafah bulan depan - PM Anwar | Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat di Laut Banda, Indonesia - MetMalaysia | Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Baling catat gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi ini - MetMalaysia | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, selari dengan pasaran tunai asas.

Pada penutupan, kontrak Mac 2026 jatuh 6.0 mata kepada 1,710.0, April 2026 susut 5.0 mata kepada 1,712.5, Jun 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,710.0 dan September 2026 melemah sebanyak 4.0 mata kepada 1,692.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 72,802 lot berbanding 19,617 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 106,155 kontrak daripada 52,401 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.79 mata kepada 1,710.89 daripada 1,716.68 yang direkodkan pada hari Rabu.

-- BERNAMA