Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, walaupun prestasi pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, di tengah-tengah sentimen selamat yang berlarutan.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Mei 2026 meningkat kepada US$4,721.20 setiap auns troy daripada US$4,681.50 setiap auns troy pada Isnin, dan Jun 2026 menambah kepada US$4,737.00 setiap auns troy daripada US$4,696.90 setiap auns troy semalam.
Kontrak Julai 2026, Ogos 2026 dan Oktober 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,752.00 setiap auns troy berbanding US$4,711.90 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan tidak berubah pada tujuh lot dari Isnin, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 72 kontrak berbanding 69 sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$4,729.15 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 11 Mei 2026.
-- BERNAMA