Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini. 

Pada 10.10 pagi, kontrak Mei 2026 menurun 6.0 mata kepada 1,720.0, Jun 2026 berkurangan 4.5 mata kepada 1,720.0, September 2026 merosot 3.5 mata kepada 1,701.50 dan Disember 2026 menyusut 2.5 mata kepada 1,704.0.

Jumlah dagangan sebanyak 4,328 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,636 kontrak.

Pada 10.14 pagi, FBM KLCI menurun 0.74 mata kepada 1,716.95 daripada 1,717.69 semasa ditutup semalam. 

-- BERNAMA