9jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan permintaan yang dijangka lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah selepas indeks harga pengguna AS mengukuh kurang daripada jangkaan pada Januari 2026.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) menyelesaikan lebih daripada 44,000 kes pelabur dengan mencapai kadar pelaksanaan projek sebanyak 99.9 peratus dalam tempoh dua tahun.
12jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh pengumuman prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mengatasi jangkaan awal pada Jumaat lepas, kata ahli ekonomi.
12jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat 27 peratus kepada 64,298 unit pada Januari 2026 daripada 50,449 unit dicatatkan dalam bulan sama pada tahun lepas.
17jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bank pelaburan dan firma penyelidikan melaksanakan semakan semula atau mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 mereka kepada antara 4.5 peratus hingga 4.7 peratus, dipacu oleh permintaan domestik dan pertumbuhan eksport yang lebih kukuh, serta realisasi pelaburan yang berterusan.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM377.2 juta, iaitu kira-kira 25 kali ganda lebih tinggi daripada RM15.0 juta pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Investment Bank Bhd.
20jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam penyertaan yang berkurangan menjelang tempoh cuti panjang.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur pada Isnin.