3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.
10hari ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bantuan telah tersedia untuk perniagaan yang terjejas oleh konflik di Asia Barat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
11hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina) 7 Mei (Bernama) -- ASEAN mungkin mempertimbangkan untuk melibatkan sektor swasta bagi membantu merealisasikan rangka kerja simpanan stok minyak yang baru dicadangkan bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga dan kesiapsiagaan rantau ini dalam tempoh jangka panjang.
12hari ago
JAKARTA, 6 Mei (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) menyediakan tujuh langkah yang bertujuan memperkukuh dan menstabilkan nilai rupiah selepas mata wang itu melemah sejak kebelakangan ini, dan inisiatif itu telah diluluskan oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- RT Pastry Holdings Bhd (RT Pastry) memeterai perjanjian taja jamin dengan KAF Investment Bank Bhd sebagai sebahagian pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) serta penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
14hari ago
JAKARTA, 4 Mei (Bernama) -- Indonesia merancang untuk memperkenalkan duti eksport serta cukai keuntungan luar biasa ke atas arang batu dan nikel sebagai sebahagian usaha mengimbangi peningkatan kos subsidi dalam belanjawan negara.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seorang setiausaha syarikat didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melanggar peruntukan antipengubahan wang haram serta mengemukakan maklumat palsu kepada Pendaftar Syarikat.
17hari ago
KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- AirBorneo, syarikat penerbangan milik Sarawak hari ini melancarkan kempen perayaan “Harvest in Unity”, yang menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tambang biasa bagi semua 21 destinasi dalam rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).
19hari ago
KOTA KINABALU, 29 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan melaksanakan subsidi bersasar sebagai usaha membantu sektor yang terkesan akibat kenaikan harga minyak global, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perbankan menggesa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas dengan konflik Asia Barat yang berterusan agar menghubungi bank masing-masing pada peringkat awal bagi meneroka jalan penyelesaian yang bersesuaian, termasuk bantuan pembayaran balik, penstrukturan semula dan sokongan modal kerja.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penarikan balik cukai pegangan sebanyak 10 peratus oleh kerajaan Malaysia memberi kesan minimum terhadap KLCCP Stapled Group disebabkan oleh komposisi pemegang sahamnya.