BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kuching City 1-0 Selangor FC | Qari Perak, Qariah Sarawak muncul johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 | Kerjasama media, organisasi masyarakat perlu diperkukuh bagi hadapi cabaran semasa termasuk penyebaran maklumat palsu dan ketidaktentuan global - Wong Chun Wai | Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz, Madinah pada 8.21 pagi waktu tempatan - TH | Budaya, tradisi dan komuniti bukan sekadar ciri-ciri identiti Malaysia, tetapi asas kepada perpaduan negara - PM Anwar | 

Terdapat 589 berita berdasarkan kata kunci carian " dolar amerika syarikat"

Pembukaan Semula Selat Hormuz Bakal Sekat Kenaikan Harga Minyak Dalam Tempoh Terdekat

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Susulan Harapan Terhadap Rundingan AS-Iran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh keyakinan bahawa rundingan pusingan kedua AS-Iran dapat mengurangkan ketegangan di sepanjang laluan perairan minyak global utama.

Ringgit Mengukuh Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Susulan Optimisme Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini, meningkat kepada paras 3.94 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh sentimen yang bertambah baik terhadap jangkaan kemajuan diplomatik susulan laporan kemungkinan rundingan pusingan kedua AS-Iran.

Ringgit Melonjak 135 Mata Asas Kepada 3.96 Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit melonjak sebanyak 135 mata asas untuk meningkat semula kepada paras 3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik susulan potensi rundingan pusingan kedua antara AS dan Iran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Permintaan Kukuh Terhadap Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peralihan kedudukan pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Tekanan Di Asia Barat

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin susulan ketidaktentuan di Asia Barat yang meruncing dan menekan sentimen, kata penganalisis.

Teruskan Momentum, Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama Dan ASEAN

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) selain ASEAN pada hari urus niaga terakhir minggu ini, dipacu oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen optimis namun berhati-hati susulan perkembangan di Asia Barat.

Ringgit Ditutup Mengukuh Pada 3.97 Apabila AS-Iran Setuju Gencatan Senjata

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh pada 3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Rabu, apabila wujud semula optimisme selepas AS dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata konflik Asia Barat selama dua minggu.

IILM Terbit Sukuk Jangka Pendek US$1.335 Bilion Di Tengah-tengah Turun Naik Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) berjaya menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.335 bilion merentasi lima tempoh, iaitu dua minggu, satu bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan. 

Ringgit Ditutup Mengukuh Susulan Harapan Gencatan Senjata Di Asia Barat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga petang Isnin dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen optimis mengenai kemungkinan   gencatan senjata Asia Barat terus memulihkan minat terhadap risiko.

Ringgit Dijangka Didagangkan Secara Berhati-hati Minggu Depan Berikutan Konflik Asia Barat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran pertukaran mata wang asing dijangka kekal dalam sentimen berhati-hati minggu depan, termasuk kemungkinan ringgit dalam julat RM4.00 hingga RM4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan perang di Iran yang masuk minggu kelima.