18jam ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang semakin mereda telah melonjakkan sentimen pasaran secara keseluruhan dan menggalakkan minat risiko yang lebih luas merentasi ekuiti serantau, kata seorang penganalisis.
1hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari susulan pembelian merentas sektor, mencerminkan sentimen yang semakin baik dalam pasaran tempatan, kata penganalisis.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.
8hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat 0.71 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi harian berikutan sentimen tempatan yang semakin baik serta pembelian terpilih dalam kaunter berkaitan indeks susulan penyusutan harga baru-baru ini.
9hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Aktiviti jualan di saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir urus niaga Isnin, sekali gus melenyapkan peningkatan yang dicatatkan sepanjang sesi dagangan sebelumnya hari ini.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia diunjur tidak berubah berlegar antara 1,700 hingga 1,730 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan sentimen pasaran lebih baik susulan laporan bahawa Iran mungkin menyertai rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat (AS) di Pakistan.
15hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.