Terdapat 211 berita berdasarkan kata kunci carian " logam"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (COMEX) yang lebih lemah, apabila pelabur memahami pendirian agresif bank pusat utama terhadap inflasi. 

KHPT Cadang Ambil Alih Ngai Cheong Metal Industries Bernilai RM19.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd (KHPT) telah mencadangkan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ngai Cheong Metal Industries Sdn Bhd (NCMI) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM19.5 juta.

Di Sebalik Ketidaktentuan Global, Perdagangan Malaysia Naik 10.4 Peratus Kepada RM789.85 Bilion Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 20 April  (Bernama) -- Perdagangan Malaysia berada di trajektori pengembangan pada suku pertama 2026, berkembang 10.4 peratus kepada RM789.85 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2025, meskipun berdepan ketidaktentuan global berterusan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Minat Belian Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh minat belian sebagai aset selamat ke atas logam bernilai itu walaupun pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) menjadi lemah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Transaksi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dan menjejaki prestasi pasaran logam berharga itu di COMEX, Amerika Syarikat.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini apabila ketidaktentuan dalam perkembangan perang Amerika Syarikat-Iran menjejaskan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.

Malaysia Pelawa Pelabur Jepun Meningkatkan Nilai Rantaian Semikonduktor - Sim

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia menggesa pelabur Jepun supaya memperkukuh penglibatan mereka dalam ekosistem semikonduktor negara dan melangkaui aktiviti pemasangan dengan meneroka segmen bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sektor hijau serta pembangunan bakat tempatan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin susulan peningkatan permintaan terhadap aset selamat apabila pelabur mengambil peluang membeli logam berharga itu selepas mencatatkan penurunan ketara sepanjang bulan ini di tengah-tengah ketegangan perang yang semakin memuncak.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Antara US$4,300 Hingga US$4,500 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang besar antara US$4,300 hingga US$4,500 minggu depan di tengah-tengah ketidakpastian pasaran susulan ketegangan di Asia Barat yang berterusan. 

Kejatuhan Harga Emas Hanya Sementara -- Analisis

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Harga emas yang kini sedamg ditekan ke bawah selepas pasaran mencair, hasil sebenar meningkat dan permintaan fizikal ditangguhkan buat sementara waktu, bukanlah penyimpangan dalam tinjauan makroekonomi jangka panjang, kata seorang penganalisis.

Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat Kepada RM245.2 Bilion Pada Februari 2026

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 9.5 peratus kepada RM245.2 bilion pada Februari 2026 daripada RM223.9 bilion setahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).