BERITA TERKINI   10,000 peniaga di bawah seliaan DBKL terima pengurangan kadar sewaan tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah Yeoh | Jemaah haji perlu kekalkan disiplin, patuhi peraturan di Tanah Suci, jaga nama baik Malaysia - Sultan Sharafuddin | Sultan Selangor nasihatkan bakal jemaah haji kawal perbelanjaan di Tanah Suci terutama dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Transaksi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dan menjejaki prestasi pasaran logam berharga itu di COMEX, Amerika Syarikat.

Pada penutup sesi dagangan, kontrak bulan semasa April 2026 turun kepada US$4,755.00 setiap auns troy daripada US$4,821.70 setiap auns troy manakala kontrak bulan Mei 2026 menguncup kepada US$4,772.40 setiap auns troy daripada US$4,841.30, semalam.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 juga susut pada US$4,790.90 setiap auns troy daripada US$4,859.80 setiap auns troy sehari sebelumnya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 13 lot daripada 32 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 72 kontrak daripada 81 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,792.55 setiap auns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 8 April 2026.

-- BERNAMA