BERITA TERKINI   Kebakaran Sandakan: Kerajaan Persekutuan, negeri utamakan penyediaan pusat pemindahan sementara - Saifuddin Nasution  | Pembinaan kapal MPMS pertama milik APMM kini hampir 70 peratus, dijangka siap tahun depan - Saifuddin Nasution | KDN meterai kontrak kapal MPMS kedua untuk APMM, tempoh projek bermula 1 Feb 2026 hingga 31 Jan 2028 - Saifuddin Nasution | Teknologi perlu digunakan secara saksama bagi mengurangkan cabaran keselamatan serantau - Sultan Nazrin | Kerajaan sasar kenaikan satu peratus kapasiti TBB terpasang setiap tahun sehingga mencapai 35 peratus pada 2030 atau lebih awal - TPM Fadillah | 

Terdapat 10516 berita berdasarkan kata kunci carian " mem"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Belian Terpilih Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong minat belian terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih meskipun prestasi Wall Street semalaman  yang lemah.

Ringgit Dibuka Kukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Tamat Tempoh Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.

Jaminan Kredit, Kelonggaran Peraturan Sokong PMKS Berdepan Krisis Tenaga

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah bantuan bersasar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan operasi di tengah-tengah krisis tenaga global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.

IILM Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek AS$1.286 Bilion Di Sebalik Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek berjumlah AS$1.286 bilion merentasi lima tempoh iaitu dua minggu, dua bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.

Ketegangan Semakin Memuncak Di Asia Barat Dorong Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 April  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Unit Lotte Chemical Titan, Anak Syarikat Di Indonesia Meterai Kontrak Nafta US$25.29 Juta

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd menerusi anak syarikat milik penuh, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), serta anak syarikat di Indonesia, PT Lotte Chemical Indonesia (LCI), memeterai kontrak bagi penjualan nafta bernilai US$25.29 juta (US$1 = RM3.90).

Peruntukan SJPP RM5 Bilion, Kelonggaran e-Invois PMKS Lebih Baik Daripada Moratorium Pukal - Samenta

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemberian peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan liputan dipertingkat kepada 80 peratus serta kelonggaran transisi e-Invois selama 12 bulan disifatkan lebih baik berbanding pemberian moratorium pinjaman secara pukal.

​​​​​​​MRCB Muktamadkan Perolehan Bukit Jalil Sentral Property Bernilai RM1.58 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menyelesaikan cadangan pemerolehan Bukit Jalil Sentral Property Sdn Bhd (BJSP) selepas melunaskan baki pertimbangan pembelian berjumlah RM1.42 bilion secara tunai.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi lebih lemah dalam pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat, apabila dolar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga di tengah-tengah konflik AS-Iran.

Invest Selangor Anjur Sesi Libat Urus Perkasa Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2

SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Invest Selangor Bhd akan mengadakan sesi libat urus dengan sektor utama seperti perkhidmatan dan pembinaan dalam sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ketahanan ekonomi di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kekal dalam jajaran sempit apabila pasaran terus memantau rapat perkembangan di Asia Barat.

Krisis Asia Barat Peringatan Kepada ASEAN Perkukuh Keselamatan Tenaga - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Krisis di Asia Barat menjadi peringatan kepada negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia, mengenai keperluan memperkukuh dan mempelbagaikan keselamatan tenaga serta kerjasama dalam perdagangan dan rantaian bekalan.