3hari ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi sesi 2025-2027 dengan menumpukan kepada langkah memperkukuh ekonomi serta menangani beberapa cabaran ekonomi tertunggak dan baharu yang dihadapi pulau ini.
4hari ago
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan pengenalan Dana Pengkomersialan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi membantu teknologi tempatan yang telah dibangunkan untuk digunakan dan dipasarkan secara lebih meluas.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd (Allianz Malaysia) mencatat pencapaian apabila disenaraikan dalam Senarai Pilihan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2025 Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini melancarkan Jana MyPesara dengan peruntukan RM20 juta sebagai pembiayaan mikro untuk membantu pesara mengurus dan menjalankan perniagaan dengan lebih teratur.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Jumlah penggunaan kenderaan elektrik (EV) tahunan telah meningkat dengan ketara kepada 44,813 unit pada 2025 berbanding 3,127unit yang dicatatkan semasa 2022, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
7hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim (CFIL) di bawah Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3) telah menerima penyertaan 30 projek setakat Januari 2026, dengan keperluan pembiayaan keseluruhan melebihi RM4 bilion.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengesahkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan Tawaran Am Sukarela (VGO) oleh Sunway Bhd untuk membeli kepentingan PNB dalam IJM Corporation Bhd.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.
18hari ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 30 Jan (Bernama) -- Rangkaian jenama kopi Malaysia, Zus Coffee menyasarkan untuk membuka 50 cawangan di Thailand pada tahun ini susulan pembukaan rasmi premis pertamanya di negara itu pada hari ini.