BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 1-1 KL City | Liga Super: NSFC 0-1 JDT | 

Terdapat 45 berita berdasarkan kata kunci carian " perjanjian jual beli"

Sunway Beli Tanah Di Selangor, Pulau Pinang Bernilai RM180 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd membeli tiga bidang tanah di Selangor dan Pulau Pinang dengan nilai RM179.8 juta sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah semula simpanan tanah selain mengukuhkan perancangan projek masa depannya.

Glomac Jual Dua Bidang Tanah Di Puchong Pada Harga RM97.3 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Glomac Bhd melupuskan dua bidang tanah kosong pegangan pajakan di Puchong kepada Sunway Kiara Sdn Bhd pada harga RM97.30 juta. 

Axis-REIT Peroleh Hartanah Industri Di Johor Pada Harga RM34.6 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh kilang berkembar dua tingkat dengan bangunan pejabat dua tingkat di Johor melalui pertimbangan tunai sebanyak RM34.6 juta.

Hextar Global Beli Tiga Syarikat Baja Bernilai RM120 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Hextar Global Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan Hextar Industries Bhd (HIB) dan Hextar Fertiliser Group Sdn Bhd bagi mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam PK Fert Sdn Bhd (PKFT), PK Fertilizers Sdn Bhd (PKF) dan Hextar Fert Sdn Bhd (HFT) pada nilai RM120 juta.

Peralihan Operasi MASwings Kepada AirBorneo Berkuat Kuasa Pada 1 Januari 2026 -- MAG

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Usaha peralihan operasi MASwings kepada AirBorneo akan berkuat kuasa pada 1 Jan, 2026, selepas selesainya proses pemindahan pemilikan di bawah perjanjian jual beli (SPA) dimeterai Malaysia Aviation Group (MAG) dan kerajaan Sarawak pada 12 Feb, 2025.

Paramount Beli Tanah Untuk Projek Perumahan Pada Harga RM579 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, Prima Kuasa Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan SJ Properties Sdn Bhd untuk memperoleh 19.62 hektar (48.49 ekar) bagi projek perumahan pada harga RM579 juta.

Pharmaniaga Perluas Rangkaian Logistik Dengan Pembelian Hartanah Di Terengganu Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) secara berasingan untuk memperoleh hartanah di Terengganu dan Sarawak.

KNM Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Anak Syarikat MMAG Beli Pesawat Kargo Boeing 737-800BCF Pada Harga US$25.9 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, MMAG SkyAssets Ltd telah memeterai perjanjian bersyarat jual beli pesawat untuk membeli sebuah pesawat kargo Boeing 737-800BCF pada harga tunai US$25.9 juta (RM109.85 juta).