Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian " projek pembinaan"

Kementerian Ekonomi Sedang Teliti 27 Cadangan Projek Bernilai RM880.57 Juta Di Rasah Di Bawah RMK13

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kementerian Ekonomi sedang meneliti untuk memuktamadkan sebanyak 27 cadangan projek pembangunan baharu bernilai RM880.57 juta bagi Parlimen Rasah, Negeri Sembilan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Projek Pembinaan Di Bawah RMK-13 Tumpu Penggunaan Teknologi Moden - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

Ekspo 2025 Osaka Tawar Peluang Keemasan Kepada Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ekspo 2025 Osaka menawarkan peluang keemasan untuk syarikat pembinaan Malaysia terutamanya dalam pembangunan lestari.

Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tinggi Pada Suku Ketiga, Isytihar Dividen 10 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.

Untung Bersih Kerjaya Prospek Meningkat Kepada RM46.07 Juta Pada Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM46.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025, meningkat daripada RM33.55 juta pada suku pertama tahun lepas.

ICW Borneo 2025 Rintis Masa Depan Pembinaan ASEAN

KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 dilancarkan secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, menandakan pencapaian utama Malaysia Timur dan rantau ASEAN ketika Malaysia bakal memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN.

Metro Glide Muncul Kontraktor Tempatan Berpengaruh Menangi Pelbagai Anugerah

 KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Meskipun perjalanan lebih 20 tahun Metro Glide Sdn Bhd kini diwarnai dengan pelbagai anugerah, namun perjalanan untuk sampai ke tahap itu, bukanlah sesuatu yang mudah.

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bina Tanjakan Pejalan Kaki Di Pulau Pinang Bernilai RM11.36 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) memperoleh projek pembinaan daripada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPDSB) bagi membina tanjakan pejalan kaki dan semua kerja berkaitan di Gurney, Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang berjumlah RM11.36 juta.

Scientex Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM123.95 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd (Scientex) menyusut 12.1 peratus kepada RM123.95 juta pada suku kedua berakhir 31 Jan, 2025 berbanding RM141.01 juta tahun sebelumnya.

ICW, BuildXpo 2025 Sasar Capai Jualan RM700 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Selepas berjaya menjana jualan RM654 juta tahun lepas, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 menyasar untuk mencapai jualan sekurang-kurangnya RM700 juta tahun ini.

Pembinaan Loji Penyimpanan Dan Penapisan Petroleum Di SOGIP, Sabah Bermula April Ini

KOTA KINABALU, 18 Feb (Bernama) -- Usaha pembinaan bagi projek loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), kira-kira 144 kilometer dari sini, dijangka bermula pada April ini.

Pulau Pinang Berjaya Tarik Pelaburan Berjumlah RM31.38 Bilion Pada 2024 - Chow

GEORGE TOWN, 7 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju dan pertanian moden.