1hari ago
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun boleh memberikan sumbangan yang bermanfaat kepada pengukuhan rantaian bekalan serantau terutama dalam industri semikonduktor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
1hari ago
GEORGE TOWN, 10 Jun (Bernama) -- Sebanyak 12 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan disasarkan dibangunkan dalam ekosistem pembungkusan termaju dan menarik pelaburan baharu bernilai RM8.5 bilion menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia mesti memastikan pelaburan disalurkan untuk memperkasa firma, memperkukuh rantaian industri dan membina keupayaan bernilai tinggi bagi menyokong fasa pembangunan ekonomi negara yang seterusnya.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.
7hari ago
PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperuntukkan kira-kira RM11 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) selama lima tahun akan datang bagi menyokong pengembangan dan pemodenan infrastruktur lapangan terbang di setiap rangkaiannya seluruh negara.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Peniaga menjangka prospek perniagaan yang lebih sederhana pada suku kedua 2026 dengan petunjuk keyakinan yang mereda kepada -1.8 peratus daripada 4.0 peratus pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
16hari ago
GEORGE TOWN, 26 Mei (Bernama) -- Pelancaran platform baharu E-Penang Dangerous Cargo and Free Zone (e-PDCFZ) oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) menandakan satu pencapaian penting dalam usaha suruhanjaya itu ke arah tadbir urus pelabuhan yang lebih pintar dan telus.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia dengan menyumbang sebanyak 88.9 peratus kepada jumlah eksport Malaysia pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd (Paramount) menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.2 bilion tahun ini, disokong oleh pelancaran baharu, penambahan tanah secara aktif dan strategi untuk mengukuhkan keuntungan dalam jangka masa panjang.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk memacu ekosistem eksport dan agenda transformasi ekonomi Malaysia melalui inisiatif strategik bernilai lebih RM700 juta di bawah Program BizConnect with Exporters.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ann Joo Resources Bhd (Ann Joo) bercadang untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ann Joo Steel Bhd (AJSB) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, Green Esteel Pte Ltd.