BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 346 berita berdasarkan kata kunci carian " tanggungjawab"

Prudential Malaysia Lancar PRUWealth Enrich 2.0, Sokong Pemindahan Kekayaan Berstruktur

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) memperkenalkan PRUWealth Enrich 2.0, iaitu pelan legasi dipertingkatkan yang direka untuk memenuhi aliran baharu pemindahan kekayaan, bertujuan dan berstruktur dengan penyelesaian berisiko rendah. 

Petronas Mohon Penjelasan Mahkamah Mengenai Kerangka Kawal Selia Petroleum Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Petronas telah menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai bagi operasi petroleum di Sarawak.

Selepas Lebih Tiga Dekad Berbakti, Timbalan Ketua Pengarang Bernama Azlina Aziz Bersara

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Selepas 35 tahun berbakti dalam dunia kewartawanan, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Azlina Aziz diraikan pada majlis persaraan beliau hari ini.

Brahim’s Rancang Kembang Dapur Katering Di PIA Tahun Ini, Tampung Peningkatan Permintaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Brahim’s Dewina Group of Companies (Brahim’s) merancang mengembangkan dapur katering dalam penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sunway Beli Tanah Di Selangor, Pulau Pinang Bernilai RM180 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd membeli tiga bidang tanah di Selangor dan Pulau Pinang dengan nilai RM179.8 juta sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah semula simpanan tanah selain mengukuhkan perancangan projek masa depannya.

Sarawak Muktamadkan Pengambilalihan MASwings

KUCHING, 1 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd melalui entiti milik penuhnya AirBorneo Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Cypark Tebus Sepenuhnya Sukuk Musharakah kekal Tranche 1 Bernilai RM235 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, Cypark Renewable Energy Sdn Bhd telah menyelesaikan penebusan awal dan penuh Sukuk Musharakah Kekal Tranche 1 berjumlah RM235 juta hari ini. 

Hume Cement Lantik William Tan Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Hume Cement Industries Bhd melantik William Tan Kok Siang sebagai pengarah urusan kumpulannya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.

Wilfred Madius Dilantik Pengerusi POIC Sabah, Roger Chin Terajui Invest Sabah

KOTA KINABALU, 29 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah manakala bekas pengarah Kastam Sabah Datuk Jonathan Kandok sebagai Timbalan Pengerusinya.

Unit Tanco Lantik Firma Hong Kong Bagi Kendali Pelabuhan Kontena Pintar AI Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 79 peratus Tanco Holdings Bhd iaitu Midports Holdings Sdn Bhd (MHSB) melantik Ocean Bridge International Ports Management Co Ltd (OBIPM) sebagai pengendali projek pelabuhan kontena pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Pada 2025 Dalam Cabaran Tarif, Geopolitik -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik.

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AAA Untuk Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.