Terdapat 162 berita berdasarkan kata kunci carian "johari"

Sarawak Tingkat Kapasiti Tenaga Solar Melalui Projek Terapung Dan Atas Tanah

KUCHING, 9 Sept (Bernama) -- Sarawak menyasarkan untuk memperkasa kapasiti solar negeri ini melalui pemasangan sistem solar terapung dan di tanah sebagai sebahagian daripada usaha memajukan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Lawatan Abang Johari Ke Siemens Energy Buka Peluang Kerjasama Tenaga Hijau

KUCHING, 9 Sept (Bernama) -- Lawatan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke ibu pejabat Siemens Energy di Berlin, Jerman pada Isnin membuka peluang kerjasama baharu dalam teknologi pengeluaran hidrogen.

Minyak Sawit: Malaysia Berada Di Landasan Diklasifikasikan Negara Risiko Rendah - Johari

KUALA LANGAT, 5 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk diklasifikasikan sebagai negara berisiko rendah dalam pengeluaran minyak sawit, disokong terutamanya oleh pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak Buka Potensi Projek Penjanaan Baharu

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

Sarawak Perkukuh Inisiatif Tenaga Hijau Dengan Projek Rintis Eksport Hidrogen

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju tenaga hijau serantau menerusi projek rintis eksport hidrogen dan perkongsian strategik dengan negara luar, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Nilai Eksport Sarung Tangan Getah Cecah RM6 Bilion Dalam Lima Bulan Pertama 2025 - Johari

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Nilai eksport sektor sarung tangan getah Malaysia mencecah RM6 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Insentif Pembiayaan RM1.4 Bilion Untuk Usaha Tanam Semula Sawit 82,979 Hektar - Johari 

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM1.4 bilion di bawah Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) yang dipohon Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bagi tempoh lima tahun, disasarkan bagi meliputi keluasan tanaman semula sawit sebanyak 82,979 hektar.

Karnival UDA Bersama BizFrancais Pernas Platform Perkukuh Ekosistem Keusahawanan PMKS Sabah

PENAMPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Karnival UDA bersama Bizfrancais Pernas selama tiga hari berakhir esok di Buhavan Square di sini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pembangunan keusahawanan.

DEA2025 Utamakan AI, Evolusi Hijau Dalam Usaha Ekonomi Digital Sarawak

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2025 (DEA2025), yang akan mengiktiraf pencapaian dalam tujuh kategori kecemerlangan digital, kini dibuka untuk penyertaan.

Proses Penggabungan Pekebun Kecil Getah Berada Di Landasan Yang Tepat - Johari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Proses penggabungan pekebun kecil getah dan penyatuan tanah getah berskala kecil berada di landasan yang tepat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pembangunan Bakat Dalam Bidang EV Perlu Ditingkatkan Supaya Seiring Permintaan - Exco

BUKIT MERTAJAM, 10 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang berharap usaha membangunkan bakat tempatan dalam industri kenderaan elektrik (EV) ditingkatkan agar seiring dengan permintaan pasaran.

Pulau Pinang Sasar KDNK RM156 Bilion Pada 2030 Dibawah Pelan Induk Ekonomi Digital

GEORGE TOWN, 9 Ogos (Bernama) -- Peningkatan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar Pulau Pinang (KDNK) dari RM116 bilion pada 2023 kepada RM156 bilion menjelang 2030 adalah antara metrik utama yang mencerminkan kejayaan Pelan Induk Ekonomi Digital (DEMP) 2025-2030 yang baru dilancarkan.