Terdapat 149 berita berdasarkan kata kunci carian "osaka"

Kerajaan Beri Jaminan Tiada Isu Berkaitan Kesesuaian Penggunaan Biodiesel

PELABUHAN KLANG, 18 April (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada isu mengenai kesesuaian penggunaan biodiesel khususnya B20 susulan spesifikasi enjin kenderaan menyokong bahan api itu sejak 2020.

Pembukaan Semula Selat Hormuz Bakal Sekat Kenaikan Harga Minyak Dalam Tempoh Terdekat

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.

Pembukaan Semula Selat Hormuz Disambut Baik Tetapi Keadaan Masih Tidak Stabil - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Langkah Iran membuka semula Selat Hormuz adalah berita yang dialu-alukan tetapi masih terlalu awal untuk meraikannya berikutan situasi keselamatan masih tidak stabil dengan kos insurans yang tinggi, kata Penolong Profesor Ekonomi Perniagaan di Fakulti Sains Sosial Universiti Nottingham Malaysia Dr Tan Chee Meng.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Dapat Sokongan Baik Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka terus mendapat sokongan yang baik minggu depan, disokong oleh kebimbangan mengenai inflasi berikutan harga minyak diunjurkan kekal tinggi.

Kerosakan Kemudahan Tenaga Akibat Konflik Asia Barat Boleh Cecah US$58 Bilion -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kos pembaikan dan pemulihan bagi infrastruktur berkaitan tenaga susulan konflik di Asia Barat boleh mencecah US$58 billion (US$1 = RM3.96), dengan jumlah bagi kemudahan minyak dan gas berpotensi meningkat sehingga US$50 billion, kata syarikat penyelidikan bebas dan perisikan tenaga, Rystad Energy.

PIAM Perkenal Langkah Interim Tangani Gangguan Perkhidmatan Trak Tunda

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memperkenalkan langkah-langkah interim untuk menyokong pemegang polisi kenderaan susulan gangguan dalam perkhidmatan trak tunda yang dikaitkan dengan peningkatan kos operasi dan tekanan industri.

Bantuan Kewangan US$50 Bilion Diperlukan Susulan Konflik Asia Barat Asak Ekonomi Global -- IMF

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ekonomi global kini diasak tekanan akibat krisis Asia Barat yang berlanjutan yang berpotensi memerlukan bantuan kewangan sehingga US$50 bilion (US$1 = RM3.98) bagi membantu negara-negara rentan menangani kejutannya, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Harga Minyak Turun Di Bawah US$100 Setong Didorong Rundingan Gencatan Senjata

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Harga minyak menurun di bawah paras US$100 setong selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju dengan pelan gencatan senjata selama dua minggu sebagai pertukaran kepada Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz. 

Malaysia Airlines Lancar Laluan Ke Shenzhen, Changsha Mulai Julai 2026

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baharu ke Shenzhen dan Changsha, China, bermula Julai 2026.

BNM Nilai Risiko, Impak Ekonomi Daripada Konflik Asia Barat

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menilai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat memandangkan krisis itu boleh berlarutan sehingga enam bulan, sekali gus menjejaskan bekalan minyak dan harga tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Ekonomi Malaysia Kukuh Berdepan Kejutan Harga Minyak Berikutan Konflik Asia Barat - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan. 

Ringgit Dibuka Catat Peningkatan Semula Sederhana Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, dengan peningkatan semula yang sederhana namun kenaikan kekal terhad, kata penganalisis.