16jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- KHPT Holdings Bhd (KHPT) telah mencadangkan pengambilalihan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ngai Cheong Metal Industries Sdn Bhd (NCMI) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM19.5 juta.
16jam ago
Daripada Fadzli Ramli
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) kini pada peringkat akhir untuk menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan memuktamadkan perkongsian komprehensif dalam usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Biodiesel perlu dilihat sebagai penampan tambahan kepada keselamatan tenaga berbanding lindung nilai yang kekal atau menyeluruh terhadap risiko diesel import, menurut CIMB Securities.
20jam ago
JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah mempermudah kelulusan pengecualian dan insentif cukai bagi 220 projek di Johor sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pertumbuhan industri di negeri itu pada 2025.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 1.1 peratus pada Mac 2026 berbanding penurunan 3.4 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan pertama sejak Mac 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Syarikat penyelesaian pembungkusan global, Amcor telah membuka kemudahan salutan pembungkusan penjagaan kesihatan canggih di Subang Jaya, Selangor pada 24 April, mewakili pelaburan lebih AS$35 juta (AS$1=RM3.96).
1hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Komitmen empat negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand untuk mengekalkan Selat Melaka daripada sebarang bentuk gangguan berkaitan keselamatan kini dilihat semakin penting.
2hari ago
GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Minat pelabur terhadap Pulau Pinang kekal utuh meskipun berdepan peningkatan ketidaktentuan global, disokong oleh permintaan berdaya tahan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kedudukan strategik negeri itu dalam rantaian bekalan global yang semakin berkembang.
3hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan pada jajaran sempit minggu depan, berlegar antara RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur menunggu data ekonomi selanjutnya dari negara itu, menurut ahli ekonomi.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bekalan plastik global kini terjejas akibat gangguan kepada pengeluaran minyak dan gas serta ketidaktentuan di Selat Hormuz, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai pertumbuhan 5.3 peratus pada suku pertama 2026, terutamanya didorong oleh pengembangan meluas merentasi beberapa subsektor, termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan, kata seorang ahli ekonomi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Syarikat pengeluaran peluru tempatan, Ketech Asia Sdn Bhd merancang untuk memperkukuh portfolio produk dan aliran perolehannya melalui pengenalan dua kaliber tambahan iaitu peluru 7.62 milimeter (mm) dan 12.7mm pada tahun depan.