3jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.
8jam ago
IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) bagi membangunkan ekosistem inovatif untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula meningkatkan daya saing masing-masing.
1hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Aktiviti pembelian saham semasa harga rendah pada saat-saat akhir dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam kaunter kewangan mendorong Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi pada Jumaat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi Januari 2026 kekal kukuh, meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun kepada RM272.37 bilion berbanding RM241.97 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Cape EMS Bhd akan mengutamakan keuntungan yang konsisten dan pelaksanaan berdisiplin dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang di bawah pelan hala tuju transformasi strategiknya, CEB 2.0.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 mengintegrasikan penanda aras kualiti yang jelas dengan memfokuskan semula sasaran pekerjaan kepada penciptaan pekerjaan bernilai tambah yang lebih tinggi, kata seorang ahli ekonomi.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Januari 2026 yang meningkat 1.6 peratus dianggap sebagai terkawal berikutan komponen yang mencatatkan kenaikan ketara hanya menyumbang sebahagian kecil daripada indeks tersebut, kata ahli ekonomi.
2hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi pada Khamis berikutan sentimen pasaran positif yang dipacu oleh data makroekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.
3hari ago
GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar US disifatkan sebagai perkembangan positif ekonomi Malaysia sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat dan sektor perniagaan serta pelaburan negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Di atas kertas, Malaysia mempunyai salah satu kemudahan sukan permotoran paling canggih di Asia Tenggara.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kelangsungan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas Formula Satu (F1) tidak banyak dipengaruhi oleh kekurangan penganjuran acara bertaraf dunia sebaliknya, lebih banyak dibentuk oleh kekuatan model perniagaan berasaskan kadar penggunaan disokong oleh penggunaan litar yang kerap dan aktiviti komersial yang berulang.
5hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.