8hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran beralih kepada mata wang selamat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik yang meningkat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela pada akhir minggu lepas, kata penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki pasaran tunai pendasar.
8hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin seiring dengan aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka teguh pada 2026 selepas dipacu oleh pertumbuhan kredit yang mampan; pengembangan margin faedah bersih; pendapatan bukan faedah yang berdaya tahan (NOII) dan kod penjelasan nasional (NCC) yang stabil, kata AmInvestment Bank Bhd.
8hari ago
GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Industri penganjuran acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan invois elektronik (e-invois) tanpa penalti selama setahun lagi bagi syarikat dengan nilai jualan tahunan RM1 juta hingga RM5 juta, yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari, 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) kekal berpandangan positif terhadap sektor infrastruktur tenaga Malaysia sehingga separuh pertama 2026 dipacu oleh aliran pesanan yang kukuh daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB), pusat data dan tenaga solar.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Sektor pembuatan di seluruh ASEAN bertambah baik pada Disember 2025, disokong oleh pengeluaran yang kukuh, pesanan baharu dan keyakinan perniagaan yang semakin meningkat, menurut Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ASEAN oleh S&P Global.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing berstatus penjual bersih ekuiti Asia bagi minggu berakhir pada 2 Jan, 2026, dengan melepaskan pegangan bernilai US$1.05 bilion (US$1=RM4.06) merentasi lapan pasaran yang ditinjau oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan hari ini dengan lebih meningkat.
8hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan mencatat peningkatan kecil ketika pelabur berpendirian berhati-hati menjelang jangkaan aliran Tahun Baharu Cina manakala perkembangan berkaitan Venezuela memberi impak kecil terhadap sentimen tempatan.