7bulan ago
Komentar Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pemimpin perkumpulan 10 anggota Asia Tenggara menerima pakai strategi ekonomi baharu yang berwawasan dengan menyasarkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Asia Pasifik yang lebih besar selain melonjakkan kedudukannya sebagai ekonomi keempat terbesar dunia.
7bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Subsidiari konglomerat pertahanan Rostec, Russian Helicopters mahu mengembangkan kehadirannya di pasaran Asia Tenggara dengan memperkenalkan pesawat terbaharunya di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025.
7bulan ago
LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space yakin pesawatnya jenis A400M terus mendapat perhatian di rantau ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap penyelesaian mobiliti udara serba boleh di Asia Pasifik.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan empat prosiding tindakan susulan termasuk berkaitan pengurusan pelaksanaan Projek Sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bermula esok.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeluar pesawat Eropah, Airbus menyasarkan potensi besar bagi pesawat jenis A220 di Malaysia yang disifatkan sebagai pengangkut sempurna untuk perkhidmatan serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sembilan syarikat Malaysia akan menyertai SEMICON Southeast Asia (SEA) 2025, platform utama rantau ini bagi industri elektronik dan semikonduktor global.
8bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).
8bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU, 15 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN dan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu meneruskan usaha penyelarasan inisiatif pendigitalan untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan transaksi antara kedua-dua rantau itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balas setakat ini berjalan lancar dengan banyak isu boleh diselesaikan manakala sebahagian lagi memerlukan penelitian lanjut, khususnya berkaitan sektor strategik negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengarah Urusan XOX Bhd Datuk Kenneth Vun dilantik sebagai Pengerusi Nexion Technologies Ltd berkuat kuasa pada 12 Mei, 2025.
8bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU (Korea Selatan), 14 Mei (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia ke Jeju, Korea Selatan untuk menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kali ke-31.